Use case


On Sep 2017, Spectruck with Pertubuhan Mata Kasih Kuala Lumpur helps the poor indigenous 250 students of Orang Asli S.K Sungai Dua, Bentong with visual impairment for free eye-check, eye refractive correction solution and Supply Daily Needs for 65 Orang Asli Hostel Student.

Event in conjunction with Yayasan Wilayah Persekutuan in Labuan whereby Spectruck & Pertubuhan Mata Kasih Kuala Lumpur has done 14,118 eye checks and distributed 3,000 eye wear to the students, teachers and senior citizens on May 2019.

A collaborative project between SPECTRUCK, PERTUBUHAN MATA KASIH KUALA LUMPUR, JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PAHANG, and L’OCCITANE FOUNDATION to provide free eye checks and consultation for underprivileged students from Kuantan & Pekan, Pahang on September 2020. Upon completion of this project, SPECTRUCK has done 1,518 eye checks and distributed 532 pairs of eyewear to the students. This event was officiated by Menteri Besar of Pahang YAB Dato’ Sri Hj Wan Rosdy bin Wan Ismail.

In 2023-2024, L’OCCITANE Malaysia is supporting Pertubuhan Mata Kasih Kuala Lumpur (PMKKL) and its project aiming to provide eye consultation and eye screening to Orang Asli community in Sabah and Johor areas, in Malaysia. To do so, PMKKL collaborates with Spectruck, an optical service provider. 

Pelancaran Program Pemeriksaan Mata PMKKL di SJKC Sungai Buloh

Pada 25 Februari 2025, Pertubuhan Mata Kasih Kuala Lumpur (PMKKL) telah melancarkan Program Pemeriksaan Mata bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sungai Buloh, Selangor. Program ini khusus dianjurkan untuk pelajar-pelajar sekolah di sekitar Lembah Klang sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa kesedaran dan penjagaan kesihatan mata dalam kalangan murid-murid sekolah.

Majlis pelancaran ini turut diserikan dengan kehadiran beberapa wakil badan korporat yang tampil memberi sokongan serta menyumbang dana bagi menjayakan program tersebut di peringkat sekolah. Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan akses kesihatan mata yang lebih menyeluruh dan inklusif kepada golongan pelajar.

Inisiatif ini dilaksanakan dengan objektif utama untuk:

Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan mata.

Mengesan dan melaksanakan intervensi awal bagi pelajar yang mengalami masalah penglihatan.

Menyediakan bantuan berupa cermin mata secara percuma kepada pelajar daripada keluarga B40 yang memerlukan.

PMKKL merancang untuk melaksanakan pemeriksaan mata secara berkala, iaitu sebulan sekali di setiap sekolah yang terlibat dalam Fasa 1 program ini. Langkah ini diharap dapat memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada mendapat bantuan yang sewajarnya dalam aspek kesihatan penglihatan.

PMKKL percaya bahawa pelajar yang mempunyai penglihatan yang baik akan lebih berdaya saing dalam pembelajaran serta mempunyai peluang pendidikan yang lebih cerah. Dengan itu, inisiatif ini bukan sahaja menekankan aspek kesihatan, malah menyokong matlamat pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh.

PMKKL Launches Eye Screening Program at SJKC Sungai Buloh

On 25 February 2025, Pertubuhan Mata Kasih Kuala Lumpur (PMKKL) launched its Eye Screening Program at Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sungai Buloh, Selangor. The program is specially designed for school students across the Klang Valley, as part of an initiative to promote eye health awareness and early intervention among schoolchildren.

The launch event was graced by several corporate bodies who expressed their support and contributed funding towards the successful implementation of this school-level program. Their involvement reflects a shared commitment to improving access to essential eye care services for all students.

This initiative aims to:

Raise awareness about the importance of eye health.

Enable early detection and intervention for students with vision problems.

Provide free prescription glasses to students from B40 (low-income) families who are in need.

As part of Phase 1, PMKKL plans to visit selected schools on a monthly basis to conduct regular eye screenings for students. This consistent effort ensures that no student is left behind when it comes to receiving proper eye care support.

PMKKL strongly believes that clear vision is crucial for effective learning, and students with good eyesight are more likely to thrive academically. This initiative not only emphasizes health but also supports the broader goals of educational development across the nation.

Kerjasama Yayasan Tengku Abdullah, Yayasan Nurjiwa & Pertubuhan Mata Kasih Kuala Lumpur
Program Sumbangan Cermin Mata di SK Taman Samudera & SK Batu Arang

Yayasan Tengku Abdullah dengan kerjasama Yayasan Nurjiwa dan Pertubuhan Mata Kasih Kuala Lumpur telah melaksanakan Program Sumbangan Cermin Mata kepada murid-murid di Sekolah Kebangsaan Taman Samudera dan Sekolah Kebangsaan Batu Arang.

Program ini bertujuan membantu murid yang menghadapi masalah penglihatan agar dapat belajar dengan lebih selesa dan berkesan. Melalui inisiatif ini, murid yang dikenal pasti menerima cermin mata percuma hasil pemeriksaan mata yang dijalankan oleh pasukan sukarelawan.

Seramai 55 orang murid dari kedua-dua sekolah telah menerima manfaat daripada sumbangan ini. Usaha ini bukan sahaja memberi sokongan kepada keperluan kesihatan mata, malah turut membantu meningkatkan tumpuan pembelajaran serta keyakinan diri murid di dalam kelas.

Kerjasama strategik antara Yayasan Tengku Abdullah, Yayasan Nurjiwa dan Pertubuhan Mata Kasih Kuala Lumpur ini diharapkan dapat diteruskan ke sekolah-sekolah lain di masa hadapan, agar lebih ramai murid mendapat peluang pembelajaran yang lebih baik tanpa halangan penglihatan.